KERTAS KERJA

CADANGAN UNTUK MEMBERI KENAIKAN GAJI KHAS BAGI GURU-GURU DG41 DAN DG44

( LANTIKAN KEDUA TANPA LANTIKAN GRED DGA32 / DGA34 )

 

 

1.0       PENGENALAN

 

 

KGBS mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak kerajaan mengumumkan kenaikan gaji kakitangan perkhidmatan awam termasuk golongan guru sebelum ini.

 

Dalam saat kakitangan perkhidmatan awam gembira menerima pengumuman tersebut, terdapat sekumpulan guru iaitu guru-guru DGA29 (PPPLD) yang dilantik ke gred DG41 tanpa menikmati sebarang kenaikan pangkat DGA32 (Hakiki / KUP) atau DGA34 yang tidak kurang besar jumlahnya merasa terkilan kerana mereka melihat pelaksanaan kenaikan gaji tersebut telah mengenepikan senioriti dan pengorbanan mereka sebelum ini.

 

Umum mengertahui bahawa guru-guru DGA29 (PPPLD) yang melanjutkan pelajaran dan dilantik ke gred DG41 tanpa menikmati lantikan Gred DGA32 ‘Time-Based’, sememangnya mengalami kerugian besar dari segi emolumen / gaji berbanding dengan guru-guru DGA29 yang dilantik ke Gred DG41 setelah mereka menikmati lantikan sama ada Gred DGA32 ‘Time-Based’ atau hakiki.dan juga DGA34.

 

Hal ini terjadi kerana tiada instrumen yang digunakan untuk mengambil kira kedudukan kumpulan guru ini dari segi kebajikan (gred dan gaji) serta psikologi (ketidakpuasan / hilang motivasi ) apabila dasar penggajian baru seperti lantikan ke Gred DGA32 KUP (sejak 2004) yang melambak pada masa kini dan ditambah lagi dengan kenaikan gaji mengikut peratus (2007) iaitu 25 % untuk kakitangan perkhidmatan awam kumpulan sokongan manakala 15 % untuk kakitangan perkhidmatan awam kumpulan pengurusan dan profesional. dilaksanakan.  Dasar-dasar sebegini telah menyebabkan jurang emolumen yang semakin ketara di antara kumpulan guru ini dengan guru-guru DGA29 yang dilantik ke Gred DGA32 (KUP/Hakiki) atau DGA34 dan seterusnya dilantik ke Gred DG41 sedangkan ada di antara guru ini boleh dianggap senior dalam Gred DG41.

 

2.0       TUJUAN

 

Kertas cadangan ini bertujuan :

 

2.1       Memberi kenaikan gaji khas bagi kumpulan guru ini supaya jurang / perbezaan gaji mereka setimpal dengan usaha dan juga senioriti dalam perkhidmatan.

 

2.2       Untuk merapatkan jurang  perbezaan gaji dalam kalangan guru DGA29- DG41 yang senior dan bersesuaian dengan perkhidmatan mereka dengan guru-guru   

           DGA29-DGA32-DG41.

 

2.3       Mengurangkan rasa ketidakpuasan hati dan juga sebagai memotivasikan dalam kalangan kumpulan guru yang terbabit. 

 

 

 

3.0       ASAS PERTIMBANGAN

 

Untuk menjelaskan lagi senario yang dibincangkan ini, sila rujuk jadual perbandingan   (Jadual 1, Jadual 2 dan Jadual 3) senioriti dan juga gaji yang yang diterima oleh kumpulan guru ini dengan guru-guru yang telah menikmati lantikan Gred DGA32 / DGA34 sebelum mereka dilantik ke Gred DG41

 

Jadual 1

Perbezaan Gaji Bagi Tempoh Perkhidmatan Yang Sama

 

BIL.

TEMPOH PERKHIDMATAN

LANTIKAN

BARU

GAJI SEBELUM DAN PADA GRED BARU

JUMLAH BEZA GAJI

1.

Guru DGA29      (11 tahun perkhidmatan)

dilantik ke DGA32 setelah 11 tahun DGA29 

(i) Sebelum RM2056.11 (P1T11) DGA29

 

(ii) Gred Baru

      RM2416.06 (P1T1) DGA32

RM 267.96

 

(gaji guru DGA32 lebih besar dari-pada gaji guru DG41 yang DGA29 sebelum- nya)

2.

Guru DGA29      (11 tahun perkhidmatan)

 

dilantik ke DG41 setelah 11 tahun DGA29

 

(i) Sebelum

      RM2056.11 (P1T11) DGA29

 

(ii) Gred Baru RM2148.10 (P1T6).DG41

 

 

Daripada perkiraan tersebut, gaji guru DGA32 melebihi gaji guru DG41 sebanyak RM267.96 walaupun tempoh perkhidmatan mereka adalah sama.

 

Jadual 2

Perbezaan Gaji Guru DGA29 ke DG41 Dengan Guru DGA29 keDGA32

Bagi Tempoh Perkhidmatan Yang Berbeza

 

BIL.

PERKHIDMATAN

TEMPOH PERKHIDMATAN

GAJI DITERIMA

JUMLAH BEZA GAJI

1.

Guru DGA29

(10 tahun berkhid- mat dalam gred DGA29 dan pada tahun ke-11 dilantik ke gred DGA32)

11 tahun

RM2416.06 (P1T1)

Gred DGA32

 

RM 274.54

2.

Guru DGA29      (13 tahun perkhid- matan) dan telah berkhidmat 9 tahun dalam DG41

22 tahun

RM2690.60 (P1T12)

Gred DG41

 

 

Perbezaan hanya RM274.54 sekiranya dibandingkan dengan guru DG41 yang telah berkhidmat secara keseluruhannya selama 22 tahun yang jauh lebih senior daripada guru DGA32 di atas.

 

 

Jadual 3

Perbezaan Gaji Bagi DG41 Setelah Menikmati Kenaikan Pangkat DGA32 Berbanding Dengan Guru DG41 Yang Tidak Menikmati Kenaikan Pangkat DGA32 / DGA34

 

BIL.

PERKHIDMATAN

TEMPOH PERKHIDMATAN

GAJI DITERIMA

JUMLAH BEZA GAJI

1.

Guru DGA29      (11 tahun perkhidmatan) dilantik ke DGA32

(i)  DGA29 (11 thn)

 

(ii) DGA32 (3 tahun dari thn ke-11 hingga thn ke-13)

 

(iii)DG41(Mulai tahun ke-14)

RM2056.11

 

RM2612.68

 

 

 

RM2781.25 (P1T13))

RM 90.45

 

(Gaji guru DGA29-DGA32-DG41 lebih besar daripada guru DGA29-DG41)

2.

Guru DGA29      (13 tahun perkhidmatan) dan telah berkhidmat 9 tahun dalam DG41

22 tahun

RM2690.80 (P1T12)

 

 

Berdasarkan Jadual 3 di atas, menunjukkan bahawa kalangan guru DG41 yang tidak menikmati kenaikan pangkat DGA32 ini adalah lebih malang kalau dibandingkan dengan kalangan guru DG41 yang berpeluang menikmati kenaikan pangkat DGA32.  Walaupun dari segi tempoh perkhidmatan mereka lebih senior. ( 8 tahun ) apa yang jelas ialah gaji guru DG41 yang tidak menikmati kenaikan pangkat ini telah dikalahkan oleh oleh rakan guru yang berpeluang menikmati kenaikan pangkat dengan satu tangga kenaikan gaji.

 

Daripada jadual-jadual yang ditunjukkan di atas, jelas  menggambarkan bahawa kalangan guru DGA29 yang mendapat peluang kenaikan pangkat DGA32 apatah lagi DGA34, lebih bernasib baik (beruntung) daripada kalangan guru yang mengorban masa dan wang ringgit demi berusaha untuk mempertingkatkan diri dalam kerjaya pendidikan ini.

 

 

 

4.0       SYOR

 

Dicadangkan penambaikan gaji bagi kumpulan guru ini (di sekolah / jabatan) khas untuk PPPBS DGA29 yang tidak menikmati lantikan ke Gred  DGA32 / DGA34 sebelum dilantik ke Gred DG41 adalah seperti berikut:

 

4.1.      Untuk merapatkan jurang perbezaan gaji yang jelas bagi guru-guru DGA29 yang dilantik ke DG41 tanpa menikmati kenaiakan pangkat DGA32 atau DGA34 sewajarnya diberikan dua (2) kenaikan gaji tahunan.

 

Jadual 1

Contoh Cadangan Dua Kenaikan Gaji Tahunan Untuk

Perbezaan Gaji Bagi Tempoh Perkhidmatan Yang Sama

 

BIL.

TEMPOH PERKHIDMATAN

LANTIKAN

BARU

GAJI SEBELUM DAN PADA GRED BARU

CADANGAN

1.

Guru DGA29      (11 tahun perkhidmatan)

dilantik ke DGA32 setelah 11 tahun DGA29 

(i) Sebelum RM2056.11 (P1T11) DGA29

 

(ii) Gred Baru

      RM2416.06 (P1T1) DGA32

Memberi Dua      (2) Kenaiakan Gaji Tahunan Kepada Guru DGA29-DG41

P1T6 Ke P1T8

 

Gaji pada P1T8 RM2329.45

2.

Guru DGA29      (11 tahun perkhidmatan)

 

dilantik ke DG41 setelah 11 tahun DGA29

 

(i) Sebelum

      RM2056.11 (P1T11) DGA29

 

(ii) Gred Baru RM2148.10 (P1T6).DG41

 

 

Jadual 2

Contoh Cadangan Dua Kenaikan Gaji Tahunan Untuk

Perbezaan Gaji Bagi DG41 Setelah Menikmati Kenaikan Pangkat DGA32 Berbanding Dengan Guru DG41 Yang Tidak Menikmati Kenaikan Pangkat DGA32 / DGA34

 

BIL.

PERKHIDMATAN

TEMPOH PERKHIDMATAN

GAJI DITERIMA

CADANGAN

1.

Guru DGA29      (11 tahun perkhidmatan) dilantik ke DGA32

(i)  DGA29 (11 thn)

 

(ii) DGA32 (3 tahun dari thn ke-11 hingga thn ke-13)

 

(iii)DG41(Mulai tahun ke-14)

RM2056.11

 

RM2612.68

 

 

 

RM2781.25 (P1T13))

Memberi Dua      (2) Kenaiakan Gaji Tahunan Kepada Guru DGA29-DG41

P1T12 Ke P1T14

 

Gaji pada P1T14 RM2871.70

2.

Guru DGA29      (13 tahun perkhidmatan) dan telah berkhidmat 9 tahun dalam DG41

22 tahun

RM2690.80 (P1T12)

 

 

 

4.2       Pemberian dua (2) kenaikan gaji tahunan ini hendaklah diberikan kepada semua guru DGA29 yang dilantik ke DG41 tanpa menikmati kenaikan          pangkat DGA32 atau DGA34 termasuk mereka yang kini berada pada         gred DG44..

 

4.3       Satu semakan dan penyelarasan gaji bagi kumpulan ini hendaklah dilakukan secara menyeluruh supaya tidak timbul lagi masalah seperi     yang berlaku pada masa ini.

 

 

5.0    IMPLIKASI KEWANGAN

 

Sekiranya cadangan ini dipertimbangan, sudah pasti ia akan menimbulkan implikasi dari segi kewangan.  Namun demikian, implikasi kewangan ini masih mampu ditanggung oleh pihak kerajaan. 

 

 

6.0       PENUTUP

 

Pengorbanan kumpulan guru ini perlu diambilkira kerana mereka sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi mempertingkatkan ilmu mereka. Justeru, pengorbanan mereka ini perlu diberi pertimbangan dengan memberi kenaikan gaji khas bagi mereka supaya pengorbanan mereka dilihat sebagai berbaloi kalau dibandingan dengan mereka yang semata-mata bernasib baik walaupun mereka tidak bersusah payah untuk menikmati gaji tersebut.

 

 

Disediakan oleh:

Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak

 

 

 

 

 

ABM/KGBS/2009

 

 

Free Web Hosting